24 February 2012

http://www.emocutez.comAKU LEMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .


Dengan nama Allah aku bermula dan dengan nama-Nya aku berakhir .
Aku hanya makhluk Nya yang lemah.
Aku tak pernah lekang dari membuat salah ,aku tahu.
Jika aku pernah menyakiti hati kau ,dengan lapang dada aku ingin meminta maaf .
Aku tahu aku seorang yang pemarah ,suka melenting bila ditegur ,aku tahu.
Tapi aku hanya manusia biasa ,yang sering membuat silap.
Aku memang pemarah tapi jauh di lubuk hati aku ,aku mudah memaafkan orang lain.
Aku tidak suka berdendam even kau buat aku sakit hati ,kau tipu aku.
Kalau aku terlampau marah pun aku hanya mampu menangis .
Dari situ aku meluahkan perasaan amarah aku .
Bukan sahaja dengan kawan-kawan malah dengan ayah,ibu,akak dan adik aku pun begitu,
Aku mudah tersentap jika kemahuanku tidak diikuti sebab memang dari kecil aku dimanjakan begitu.Aku minta maaf jika kau tidak senang dengan perilaku aku .
Aku tahu ,tak semua orang akan menerima kita seadanya tapi itulah aku.
Aku bukan hamba Allah yang baik ,aku sering meninggalkan solat yang sudah tentunya perkara wajib bagi setiap umat Islam.Aku tahu aku leka.
Aku nak sangat jadi orang-orang yang beriman bukan tak mahu.Aku sedang mencuba.
Dan masih mencuba.Aku tidak mahu menjadi ahli neraka.Siapa mahu ??
Aku tahu ramai manusia yang tak senang dengan kehidupan aku.
Marah ,cemburu,dengki dengan apa yang aku ada .Tapi kenapa ?
Aku bukan manusia yang dilahirkan dari keluarga yang senang.Aku sama seperti semua.
Ketika aku berumur 9 tahun aku merasai kepayahan hidup kerana ibuku hanya menjual nasi lemak untuk menolong ayah yang hanya seorang pemandu lori.
Cuma sekarang ,Alhamdulillah kehidupan aku sekeluarga dah semakin pulih.
Alhamdulillah ,aku panjatkn kesyukuran kepadamu Ya Allah .Dari kecil sehingga sekarang kami tak pernah dimewahkan dengan harta yang banyak ,semuanya sama rata.
Tak pernah dibandingkan-bandingkan.Aku sangat bersyukur kerana aku tak dilahirkan dengan harta yang mewah tapi aku mempunyai satu keluarga yang penuh dengan kasih sayang.Tidak ada hasad dengki sesama kami.Alhamdulillah.
AKU HANYALAH MANUSIA BIASA ,KERANA AKU LEMAH AKU MENULIS




Full of love ,Shidoot♥♥♥

No comments: